Uploaded photos (updated)

March 1st, 2008 by admin

ruang perhimpunan skpj1 putrajaya

Blog ini dah berpindah ke rumah baru >>klik sini (admin blog)

Flickr’s gives you 100Mb free every month

Semalam upload banyak gambar sukan sekolah kat flickrs, hosting free + bandwidth FREE

Nak tengok perbezaan Sony cybershot dengan Kodak C513?

Bukan nak membandingkan jenama tapi tak faham EXIF data tu apa :) boleh terangkan?

ISO (Sensitivity)

ISO is the number indicating a digital camera sensors sensitivity to light. The higher the sensitivity, the less light is needed to make an exposure.

“Digital single reflex cameras (dSLR), because they have larger sensors, are best for producing noise-free images. However, some consumer digital cameras now have improved sensors that produce acceptable images at higher ISO.”

Selamat hari Sabtu Ahad pada semua rakan2 blog..

p:s/ sedang upload baby blog peribadi la pulak..peace..

Baby Gaga

Register free disini > http://blogger.babyku.net

Popularity: 65% [?]

29 Februari

February 29th, 2008 by admin

skpj1.jpg

Rumah biru. Ptg smlm hujan tapi semangat juga nak main.

Hari ni tak perlu buat lesson plan sbb hari Jumaat tak ada kelas. Phew!! tapi perlu buat utk hari Isnin depan.. umm

Sedikit diari semalam:

1. Berjaya beli tiket pergi balik Airasia utk Pn Alijah setelah 3 hari ngadap benda yang sama
2. Tuisyen utk darjah 6. Seronok juga jadi orang pandai ni.
3. Aktiviti rumah sukan. Ramai juga hadir walaupun hari hujan lebat.

Refleksi:

Kehidupan hari2 sebagai cikgu tidaklah lumayan, tetapi ada kalanya menginsafkan. Kdg2 seronok kandang2 tension. Tanggungjawab mendidik adalah tanggungjawab semua. guru sebagai pembimbing utk anak2 kita. tanpa guru siapalah kita sekarang ini.

Tengok punya tengok hari ni 29 Februari 2008. Hari ni la boleh buat birthday 4 tahun sekali. Pada yg lahir hari ni diucapkan selamat hari jadi.

Popularity: 62% [?]

Server slow..

February 27th, 2008 by admin

tongsampah.jpg

Server ni slow atau line tenet celcom 3g kat sini yang lembap?

buka website lain ok jer.. geramnya.. last2 dc sendiri..

Popularity: 60% [?]

Menemani isteri

February 25th, 2008 by admin

walk.jpgMasuk trimester kedua, keadaan kebanyakan wanita hamil aka lebih selesa. Mual dan muntahnya berakhir serta kembali bertenaga. Keluar bersama-sama untuk bersiar-siar atau membeli barang keperluan bayi yang bakal hadir tidak lama lagi.

Pastikan anda meluangkan masa menemani isteri untuk membuat pemeriksaan kandungan pada minggu ke 20. Lazimnya doktor akan membuat imbasan kandungan untuk melihat kedudukan janin. Pada masa ini anda dapat melihat jari jemarinya, kaki dan bentuknya. Satu pengalaman manis yang sukar dilupakan oleh kebanyakan suami.

p:s/ seronok kuar sama2 tengok Perkampungan Hadhari di Kok Lanas, KB

Popularity: 78% [?]

Balik kampung..

February 25th, 2008 by admin

100_0850.JPG

Kenal ke tempat ni?

Cuti 2 hari balik kampung sebab tu tak berblog, lepas ni tak boleh blog langsung dah sbb dah takda laptop.

balik putrajaya selesema + jadi penyebar virus.

Popularity: 64% [?]

Joging + Hujan

February 21st, 2008 by admin

putrajaya.jpg

Pemandangan sehari-hari

Bak kata orang jangan jadi katak bawah tempurung. Hari ni penat jugak sebab kena kemas bilik buku teks kat sekolah. Lepas tu balik, ajak kawan praktikum sama joging kat depan kompleks kerajaan tu.

Semalam pergi Taman Botani. Semalam dengan ari ni banyak snap gambar. Almaklum lah orang baru dapat kamera katakan.. hehe..

Popularity: 66% [?]

Tagged by ImamKhalid

February 19th, 2008 by admin

Setelah membaca dan memahami apakah maksud tag dari kawan2 blog kini tiba masa apis untuk mejawab tag yang diberi oleh Tuan Imam kita.

The Rules:

  1. Link to your tagger and post these rules.
  2. List 8 random facts about yourself.
  3. Tag 8 people at the end of this post and list their names.
  4. Let them know that they have been tagged by leaving a comment on their blogs.

8 random facts about me:

1. Apis anak ke 4 daripada 8 adik beradik (4 lelaki 4 perempuan) hehe.. al-fatihan buat arwah ayah semoga rohnya dicucuri rahmat.

2. Saya suka spongebob squarepants kerana spongebob lucu dan penuh imaginasi. Kira apis ni jenis yang kuat imaginasi jugak la ni..

Spongebob tido

3. Suka menangis kalau sedih. (isk tak macho la) kalau tension, masuk bilik meraung la sekuat hati. kalau ada orang mana boleh kan kan..

4. Bakal guru pemulihan. Sekarang praktikum di SK Putrajaya 1 Presint 8 dan ada 4 orang murid pemulihan dan 10 murid tahun 1 kelas pantas membaca.

5. Due date baby ialah 6/8/08. insyaAllah kalau lewat 2 hari jadi 08/08/08 (kaya,kaya,kaya la tu)

Due date baby tickers

6. Laptop berharga RM4500 (++) telah dicuri di Taman Tasik Permaisuri, Cheras depan IP Teknik (dalam kereta kancil) dengan wang tunai RM700 dan hanset motorolla C350. Jenama MBox (ASUS) core duo 1.6Ghz, 2GB RAM, Geforce Go7300. Sekarang pakai laptop hak kerajaan untuk buat projek laman web. Spec sama tapi takda grafik card tak boleh main game.

7. Baru membeli kamera Kodak C513 berharga RM399 (rasanya mahal tu) tengok2 terus beli tak tawar dulu.

8. Setiap bulan membayar 2 subscription untuk internet iaitu RM66 untuk streamyx di rumah (utk kegunaan adik2) dan RM68 untuk celcom broadband 3G (anytime anywhere). Kat rumah ada wifi percuma pergi ke http://wikimapia.org dan carilah keywords “Free wifi apis17″. Jumpalah rumah saya. di kelantan

Utk tag seterusnya apis tengok ramai kawan2 dah buat tag masing2 so apis cari 8 orang yg tak dikenali utk sambung tag ni..

8 people that I will tag:

1. Zuriaf
->Sbb dia ni ada hutang 2 tag orang lain aku tambah lagi satu jadi 3.

2. Tentang Cinta

3. shadow-pimpernel

4. nurnana

5. buzzybug

6. kawan baby1

7. kawan baby2

8. ida81

Haku bantai je nama2 ni semua walaupun tak kenai pun.. ada yg kenal.. amik list random.. aci la ek.. kawan2 seperti en. me, cikF, MrAhFa, ixora, affuan, knizam, johari dll ramai kebanyakannya dah buat tag ni. so kita tengok sapa yg kena..

Sekian, terima kasih.. :wink:

Popularity: 75% [?]

Quality test Kodak 5Mpixel

February 18th, 2008 by admin

Gambar2 ini diambil dengan beberapa seting yang telah di test 2-3 kali utk tatapan peminat kamera semua. Komen dari yang pakar amatlah dijemput.

Sebelum itu resolution dituka kepada 1024 x 768 untuk mempercepatkan download (bandwidth aiman tak kisah).

:mrgreen: Calon2nya ialah :

Siang normal vs Gambar waktu malam

1. Pemandangan siang/malam (satu diambil pada masa siang dan satu lagi malam).

Gambar siang

Ni yang siang pakai ratio 16:9 flat screen

Ni kedai makan di hentian kajang.

Kedai makan kat hentian kajang

Ni gambar bateri original sony.. blh check serial number kat laman web sony

Bateri sebelum strecth vs Bateri selepas stretch

Gambar sebelum stretch & sesudah (diambil guna macro mode)
p:s/ masa ni dah expert ttg seting titik focus sebelum snap.. kalau tak seting mmg kabur sgt..

Popularity: 63% [?]

Gomez Peer

February 18th, 2008 by admin

Gomez peer ni dah lama diperkenalkan dan apis dah join sejak 2-3 tahun lepas.gomez-peer.gif

untung tak banyak tapi sekadar untuk dapat duit tambahan tu boleh la 5-6 hingit setahun (daripada tak dapat apa2 kan). pernah mendapat payment USD5. lagi ramai peers kita install lagi cepat dapat duit. yang penting semua pc kena online serentak. setiap member yang dah activate kita dapat $2.00.

Recomended utk tokey CC yang ada jumlah pc yang besar.

>> Klik sini : https://peer.gomez.com/aspx/Application.aspx?Referrer=apis17

p/s: post ni takda kena mengena dengan baby

Popularity: 63% [?]

Pantang larang ibu & bapa

February 17th, 2008 by admin

Dalam masyarakat Melayu terdapat beberapa pantang larang yang masih lagi menjadi ikutan. Wanita-wanita hamil dilarang dari melakukan perkara-perkara berikut:

  • Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. Yang sebenarnya, tujuannya larangan di sini adalah untuk melahirkan rasa hormat kepada orang tua da selalunya ibu mertua turut menjaga dan membantu sewaktu dalam pantang.
  • Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.dilarang.png
  • Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.
  • Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.
  • Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.
  • Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.
  • Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.
  • Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.
  • Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.

Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:

  • Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.
  • Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.
  • Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.

Sejauhmana benar pantang larang ini. Namun apa yang penting di sini ialah sebagai bakal ibu dan ayah, manusia perlu senantiasa menjaga sikap dan tingkah laku, apatah lagi ketika hamil. Hanya kepada Allah s.w.t sahaja tempat hambanya meminta dan memohon agar tiada bala bencana ke atas kita sekeluarga InsyaAllah. Moga di anugerah anak yang comel lagi soleh.

p/s: versi copy paste aja nih..

Popularity: 100% [?]